Khamis, 5 November 2009

Pihak MTQ ADDDIN Kg Tualang Sekah turut menyediakan khidmat masyarakat. Antara khidmat yang disediakan seperti :



    * Solat Hajat
    * Bacaan Yassin
    * Tahlil Arwah
    * Bacaan Quran 30 Juzuk
    * Kaunseling
    * Darul Syifa
    * Khidmat ceramah / Kuliah

Kepada yang berminat untuk bantuan diatas boleh hubungi melalui telefon atau datang sendiri ke MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah.

Selasa, 20 Oktober 2009

ما نقص مال من الصدقة

MTQ ADDIN tidak mendapat mana-mana bantuan tetap bagi merencanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan pendidikan Tahfiz al-Quran. Justeru itu kami amat mengharapkan sumbangan dari masyarakat secara berterusan agar institusi Tahfiz ini sentiasa berada ditahap yang membanggakan dan dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat.
Sumbangan anda boleh disalurkan dalam bentuk :


  • Wang Tunai / Cek / Wang Pos atas nama MTQ ADDIN KG TUALANG SEKAH @ bank in ke akaun 558042600211 (Maybank)
  • Baik pulih bangunan asrama, sekolah dan Infrastruktur
  • Komputer, water cooler, water filter dll
  • Tajaan yuran Bulanan Pelajar Miskin dan Yatim
  • Tajaan Bil-Bil Utiliti
  • Sumbangan Barangan Dapur seperti Gula, beras dan seumpamanya
                                               ما نقص مال من الصدقة
                                   ( حديث شريف  )


                          " Tidak Berkurang Harta Daripada Bersedekah"



Jumaat, 25 September 2009

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yangg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya

Jumaat, 18 September 2009

GANJARAN YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH TA'ALA DI DALAM SYURGA

- وعنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ:قَالَ رسُولُ اللَّهِ رسول الله صلي الله عليه وسلم: « يَأْكُلُ أَهْلُ الجنَّةِ فِيهَا ويشْرَبُونُ ، ولا يَتَغَوَّطُونَ ، ولا يمْتَخِطُونَ ، ولا يبُولُونَ ، ولكِنْ طَعامُهُمْ ذلكَ جُشَاء كَرشْحِ المِسْكِ يُلهَمُونَ التَّسبِيح وَالتكْبِير ، كَما يُلْهَمُونَ النَّفَسَ » رواه مسلم .
Jabir ra berkata"Rasulullah saw bersabda:"Dalam syurga itu para ahli syurga sama makan dan minum, tetapi mereka itu tidak membuang air besar, tidak beringus dan tidak pula membuang air kecil, tetapi makanan mereka itu menjadi serdawa seperti percikan minyak kasturi.Mereka diilhami untuk terus bertasbih serta bertakbir sebagaimana juga dikurniakan kepadanya pernafasan tanpa kesukaran." (Riwayat Muslim)


- وعَنْ أَبي هُريْرةَ رضي الله عنه قَال : قَال رسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وسلم: « قَال اللَّه تَعالَى: أَعْددْتُ لعِبادِيَ الصَّالحِينَ مَا لاَ عيْنٌ رَأَتْ ، ولاَ أُذُنٌ سَمِعتْ ولاَ خَطَرَ علَى قَلْبِ بَشَرٍ ، واقْرؤُوا إِنْ شِئتُمْ : { فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جزَاءً بِما كَانُوا يعْملُونَ } [ السجدة 17 ] متفقٌ عليه




 
Pelbagai © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates